Ramai yang cadangkan untuk saya call/email atau whatsap pihak yang berkenaan. Saya rasa ini bukan masalah saya seorang, tapi ramai lagi mereka di luar sana. Disini saya kongsikan perbualan saya dengan wakil tersebut. Mula2 saya di marahi juga, dan mungkin beliau masih marah pada saya. Tak apa, saya tak reveal siapa saya tadi, saya sekadar wakil syarikat.
Banyak kekeliruan tentang apa yang sepatutnya dilaksanakan. Yang menjadi mangsa adalah pekerja-pekerja syarikat yang tidak boleh pergi ke tempat kerja kerana tiada surat tertentu. Bila diminta memberi panduan, lain pihak lain nasihatnya. Hari ini saya sendiri yang cuba contact mereka.
Nampaknya masih jalan buntu. Kerana beliau jugak tak boleh buat apa2. Ini sebagai rujukan kita semua, bahawa orang @mitimalaysia sendiri tertekan dengan keadaan yang berlaku. Saya pasti mereka juga sedang berusaha. Cuma saya harap mereka juga kekal sabar dengan segala permohonan bantuan/panduan apabila masih belum mendapat maklumbalas.
Kalau mereka di #MITI stress, kami juga turut stress kerana harus patuh pada arahan polis perlu #surat untuk bergerak. Takpe, saya akan cuba lagi cara lain. Maaf kepada tuan tadi yang jadi stress dengan saya kerana saya mohon panduan. Saya yakin ramai lagi ada masalah yang sama kan?